Resepi Oreo Cheesecake Tanpa Bakar Untuk Disantap

Ini adalah cara dan resepi oreo cheesecake versi tanpa bakar yang boleh anda cuba, teringin nak makan boleh ikuti cara buatnya di bawah

Cara Buat Oreo Cheesecake Tanpa Bakar

Cara Buat Oreo Cheesecake Tanpa Bakar

Kek Oreo Cheesecake ini amat sesuai sekali untuk dimakan pada waktu minum petang. Anda boleh menikmati kek ini dengan seisi keluarga sambil meminum teh o atau kopi. Jika anda teringin, ikutilah resepi dibawah ini.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk memasak resepi ini.

Bahan A

– 36 Keping Biskut Oreo * asingkan krim dr biskut dan blend biskut sampai hancur

– 5 sudu besar butter *cairkan

Bahan B

– 500g cream cheese 

– 80g gula kastor

– 1 cawan susu segar *suam

– 1 sudu gelatin

– 1 sudu esen vanila

Cara-caranya :

– Campurkan bahan A gaul sebati

– Masukkan adunan dlm loyang/bekas yg sesuai dan tekan2 sikit bg rata. Biskut ini sebagai base ye.

– Simpan dalam peti sejuk 15-30 minit

– Sementara tu, campurkan cream cheese, gula, krim oreo dlm periuk dan masak dgn api perlahan. Sentiasa kacau sampai cream cair dan masukkan esen vanila.

– Bancuhkan gelatin bersama susu suam hingga gelatin tidak berketul2 dan campurkan dlm periuk berisi cream cheese tadi.

– Masak hingga mendidih dan angkat.

– Keluarkan base tadi sr chiller dan tuangkan cream cheese tadi. Ratakan.

– Bolehlah taburkan sedikit biskut oreo hancur@serbuk coklat atau apa2 yg dirasakan sesuai.

– Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam utk hasil yang memuaskan

– Dah 4 jam, boleh lah potong dan makannn

P.s memang kena simpan dlm peti sejuk ye untuk mengekalkan kesedapan oreo cheese cake tanpa bakar ni

Rujukan :

– Yuana Mansor

Share² lah yerr..

Leave a Comment