Resepi Onde-Onde Bijan Sukatan Cawan Lembut

Ini adalah cara dan resepi onde-onde bijan kacang hijau sukatan cawan yang lebut untuk dimakan, jom cuba buat.

Cara Buat Onde-Onde Bijan Kacang Hijau

Cara Buat Onde-Onde Bijan Kacang Hijau

Terdapat pelbagai cara anda boleh sediakan onde-onde, ini adalah salah satu daripadanya. Ia adalah onde-onde yang diselaputi dengan kacang bijan untuk memberinya tekstur yang amat unik. Malah rasanya juga amat sedap kerana salutan bijan ini. 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti untuk memasak resepi ini.

Bahan Doh:
– 2 cawan tepung pulut
– 2 sudu besar tepung gandum
– Sedikit garam
– 3/4 -1 cawan air 
– Bijan – untuk salut

Cara membuat doh:
– Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan.

Inti Kacang Hijau:
– 250gm kacang hijau
– 1/2 cawan gula merah
– 1 cawan gula pasir
– 1/2 cawan kelapa parut muda (kalau xda xyh letak pn xpa )
– – 2 sudu tepung gandum (optional jika inti lembik )

Cara membuat Inti:
– Masak kacang hijau bersama air secukupnya sehingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering. 
**Rebus dalam periuk nasi supaya cepat empuk, air agak-agak tenggelam kacang, jangan banyak sangat takut lembik.

– Kemudian masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan sehingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.

– Angkat dan sejukkan. Jika rajin boleh kepal bulat-bulat siap2 supaya mudah nk letak dlm doh

Cara membuat kuih onde-onde:

– Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti. Bulatkan semula dengan kemas.

– Terus digolek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri.

– Goreng kuih bom dalam minyak terendam sehingga agak kekuningan. Jangan lama, nanti meletup.

Rujukan :

– Mazra Ayu Mazli

Leave a Comment