Resepi Nasi Minyak Simple Beras Basmathi

Kalau di Malaysia Nasi Minyak sinonim dengan kenduri-kendara, resepi ini boleh juga dibuat menggunakan beras biasa dan kalau nak cuba dengan periuk noxxa pon boleh

Nasi Minyak

Resipi Nasi Minyak Paling Sedap

Dengar sahaja tentang nasi minyak, sudah pasti anda akan terbayang apa-apa jenis majlis makan. Dari kenduri rumah terbuka hingga ke majlis walimatul urus. 

Harini kami ingin berkongsi resepi Nasi Minyak yang dibuat oleh saudari Mazliza Ahmad.  

Mari kita lihat barang apa yang diperlukan dan bagaimana kita boleh sediakan nasi minyak ini. 

Bahan-bahan :
3 pot beras basmathi (saya guna jasmin basmathi pusa gold)
5 pot air (1 pot d guna utk blend dengan bwng goreng)
2 sudu mkn planta (nak guna minyak sapi pun blh)
Kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga
Rempah sup bunjut adabi-1
1 genggam bawang goreng (mesin dengan air)
1 sudu mkn kismis
Garam n perasa
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*1/2 inci halia

Cara-Cara:
Blend bahan bertanda *
Panaskan rice cooker, masukkan planta.
Tumis rempah 3 serangkai
Masukkan bahan blend dan masukkan rempah sup bunjut
Masukkan kismis, garam dan perasa
Masukkan bwng goreng yg dah di blend dgn 1 pot air
Masukkan beras
Akhir skali masukkan lagi 4 pot air..
Tutup periuk dan biar hingga masak..
Bila dh masak, kaiskn dengan garfu (untuk elakkan nasi jadi patah-patah)

Rujukan :

[1] – Mazliza Ahmad 

Share² lah yerr..