Resepi Nasi Goreng Ulam Budu Pantai Timur (Keropok Keping)

Pernah cuba nasi goreng ulam budu ? jom cuba cara masak yang agak simple dan mudah menerusi resepi yang diberikan dibawah

Resipi Nasi Goreng Campur Budu Padu

Resipi Nasi Goreng Campur Budu Padu

Nasi goreng boleh dimasak dalam pelbagai variasi. Pelbagai jenis bahan boleh dimasukkan ke dalam nasi semasa ia digoreng untuk mendapat sejenis nasi goreng. 

Kali ini kita akan masak nasi goreng ulam budu sesedap rasa ini

Bahan-Bahan:

1. 3 ke 4 biji bawang besar

2. 4 ke 5 bawang putih

3. Cili api merah

4. Segenggam ikan bilis

5. Nasi sejuk secukupnya

6. Garam secukup rasa

7. budu

8. 2 serai

9. 3 ke 4 helai daun limau purut

10. Segenggam daun kesum

11. Cili api hijau

(lagi sedap ada bunga kantan)

12. Ulam ulam (faa just guna pucuk paku merah, timun & kobis..lagi sedap kalau ada pegaga, selom, ulam raja, petai, jering, hempedu bumi etc…. Pergh!)

13. Sedikit minyak

14. Limau nipis

15. Keropok keping

Cara-Cara:

1. Hiris halus serai, daun limau purut, daun kesum, cili api hijau dan semua ulam-ulam.

2. Blend kering atau tumbuk bawang besar, bawang putih, cili api merah & ikan bilis.

3. Tabur rata garam atas nasi. Jgn banyak sgt, ikan bilis & budu dah masin.

4. Panaskan minyak. Tumis bahan blend sampai garing. Masukkan nasi. Kacau & tuang budu. Kacau sampai semua sebati. Rasa. Kalau kurang, tambah apa yg patut.

5. Masukkan semua bahan hiris. Kacau semua sampai masak dan rata.

6. Sebelum makan, perah limau nipis, gaul nasi & makan dengan keropok. Done.

*Resepi Nasi Goreng Ulam Budu ini telah disumbangkan oleh Nur Fakhira Mohd Rosli menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula oleh viramon dengan kebenaran beliau. Jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk terus Ke Fb Beliau.

Share² lah yerr..

Leave a Comment