Resepi Nasi Goreng Sardin Paling Sedap (Special)

Nasi goreng ikan sardin @ sardin merupakan menu simple yang anda boleh buat mengikut resepi yang dikonsgikan ini.

Foto by : Nur Fakhira Mohd Rosli

Nasi goreng boleh dimasak dengan apa saja. Pelbagai jenis bahan boleh dimasukkan ke dalam nasi semasa ia digoreng untuk mendapat sejenis nasi goreng.

Kali ini kami nak share dengan anda bagaimana hendak membuat nasi goreng ikan sardin yang dikongsikan oleh Puan Nur Fakhira di laman facebooknya.

Bahan-bahan:

–  Mangkuk nasi (ramas dan tabur sedikit garam)
–  1 biji bawang besar
–  2 ulas bawang putih
–  1 sudu cili boh
–   2 cili api (ketuk)
–  Sedikit pes asam jawa
–  1 tin kecik sardin (buang separuh sos. Isi sardin lenyek separuh hancur)
–  Sedikit minyak
–   Sedikit kicap manis

Cara-Cara:

–  Blend bawang besar & bawang putih.

–  Panaskan minyak.

–  Tumis bahan blend, cili boh & cili api sampai garing.

–  Masukkan sardin, pes asam jawa & kicap manis. Kacau rata. 

–  Masukkan nasi. Kacau sampai semua sebati

–  Siap untuk dihidangkan.

Rujukan :

– Nur Fakhira Mohd Rosli

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of