Resepi Nasi Goreng Isi Ikan Lada Tumbuk

Nasi goreng boleh dimasak dengan pelbagai cara. Ini adalah nasi goreng isi ikan lada tumbuk yang mudah dibuat mengikut resepi yang dikongsi ini

Resipi Nasi Goreng Isi Ikan Bercili

Resipi Nasi Goreng Isi Ikan Bercili

Pelbagai jenis bahan boleh dimasukkan ke dalam nasi semasa ia digoreng untuk mendapat sejenis variasi nasi goreng.

 Kalau nak rasa, nak cuba boleh ikuti cara-cara seperti dibawah ini

Bahan-bahan:

1. Nasi sejuk (dalam 2 cawan)

2. Isi ikan goreng secukupnya (kalau xde, ganti ikan bilis. Tp goreng dulu)

3. 1 paket perencah nasi goreng ikan bilis adabi

4. Garam secukup rasa

5. Segenggam lada kering (basuh bersih, potong, rendam air panas sampai lembut, toskan)

6. 3 bawang besar (hiris)

7. 3 bawang putih (hiris)

8. 2 telur

9. minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Blend kering/tumbuk bawang besar, bawang putih & lada kering sampai hancur.

2. Tabur isi ikan, perencah nasi goreng & garam atas nasi.

3. Panaskan minyak. Tumis bahan blend tadi sampai garing. Pecahkan telur. Biar 10 saat baru kacau.

4. Masukkan nasi & gaul rata sampai semua sekata & masak. Done.

*Resepi Nasi Goreng Isi Ikan Lada Tumbuk ini telah disumbangkan oleh Nur Fakhira Mohd Rosli menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula oleh viramon dengan kebenaran beliau. Jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk terus Ke Fb Beliau.

Share² lah yerr..

Leave a Comment