Resepi Nasi Goreng Isi Ikan Goreng Simple

Ini adalah resepi cara buat nasi goreng dengan isi ikan goreng paling simple dan cepat untuk dihidangkan

Foto By : Nur Fakhira Mohd Rosli

Isi ikan seperti ikan kembung boleh anda jadikan ia sebagai tambahan ke dalam nasi goreng korang, cara nak buatnya tidak lah begitu susah.

Dibawah adalah resepi nasi goreng isi ikan yang dikongsikan oleh Nur Fakhira di lama facebooknya. 

Mari lihat resepi yang diberi. 

Bahan-Bahan :

–  4 Cawan nasi
–  Garam
–  Serbuk Kunyi
–  Serbuk perasa
–  Ikan goreng 
–  1 Bawang besar
–  2 Bawang putih
–  3 Cili api

Cara-Caranya :

–  Ramas 4 cawan nasi sampai hancur. 
–  Taburkan 1 sudu kecil garam, 1 sudu kecil serbuk kunyit,1 sudu kecil serbuk perasa dan isi ikan goreng yang diracik halus ke atas nasi
–  Kisar 1/2 biji bawang besar, 2 bawang putih dan 3 cili api.
–  Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sampai garing. 
–  Masukkan 2 telur dan kacau. 
–  Masukkan nasi tadi dan 3 batang kacang panjang hiris dan kacau rata sampai masak. Siap

Rujukan :

– Nur Fakhira Mohd Rosli

Share² lah yerr..

Leave a Comment