Resepi Nasi Goreng Udang Geragau (Udang Kering)

Nasi goreng udang geragau antara menu paling simple dan mudah untuk dibuat, jom cuba resepi ini seperti yang dikongsikan dibawah

Resipi Nasi Goreng Udang Geragau Kering

Resipi Nasi Goreng Udang Geragau Kering

Nasi goreng udang geragau ni bahan-bahanya agak mudah, hanya memerlukan 10 bahan untuk menyiapkannya menajadi satu menu terbaik untuk hidangan “Breakfast” terutamanya.

Nak try? jom Cuba menerusi step – by – step resepi dibawah

Bahan – Bahan :

– 1 mangkuk nasi sejuk

–  1 bawang besar

–  2 ulas bawang putih

–  Cili api

–  Segenggam udang geragau kering

–  Sedikit air

–  Sedikit minyak

–  1 biji telur

–  Kacang panjang (hiris halus)

–  Garam & serbuk pati ayam secukup rasa

Udang Geragau (Udang Kering)

Udang Geragau (Udang Kering)

Cara-Cara Membuatnya:

1. Blend kasar bawang-bawang, cili api & udang geragau.

2. Tabur rata garam dan serbuk pati ayam atas nasi

3. Panaskan minyak. Tumis bahan blender sampai garing. Masukkan telur. Kacau.

4. Masukkan kacang panjang dihiris dan nasi. Kacau rata sampai nasi masak. Done.

*Resepi Nasi Goreng Geragau ini telah disumbangkan oleh Nur Fakhira Mohd Rosli menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula oleh viramon dengan kebenaran beliau. Jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk terus Ke Fb Beliau.

Share² lah yerr..

Leave a Comment