Resepi Nasi Goreng Cili Kering Tumbuk Simple & Sedap

Nasi goreng boleh dimasak dengan pelbagai cara. Ini adalah nasi goreng cili kering tumbuk agak sedikit tapi rasanya memang sedap dan padu

Resipi Cara Buat Nasi Goreng Cili Kering

Resipi Cara Buat Nasi Goreng Cili Kering

Cerita pasal nasi goreng ni, pelbagai variasi kita boleh buat ada jenis ulam & buduada juga jenis yang gunakan sardin untuk buat nasi goreng. kalau nak cerita memang banyak,

kalini kita try buat nasi goreng cili kering ni pulak.

Mari lihat resepi yang diberi. 

Bahan-bahan:

– 1 mangkuk besar nasi sejuk yang dah diramas

–  Garam secukup rasa

–  6 ke 7 tangkai lada kering (rendam sampai lembut)

–  5 biji bawang kecil

–  4 ulas bawang putih

–  1/2 cawan ikan bilis

–  sedikit minyak

–  2 biji telur

Cara-cara:

1. Tabur rata garam atas nasi. 

2. Tumbuk lada kering sampai lumat. Tumbuk sekali bawang & bawang putih. Last sekali tumbuk ikan bilis. Biar semua sebati.

3. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk sampai garing. Masukkan telur. Kacau.

4. Masukkan nasi. Kacau sampai semua sebati, secukup rasa & berasap. Done.

*Resepi Nasi Goreng Cili Kering Tumbuk ini telah disumbangkan oleh Nur Fakhira Mohd Rosli menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula oleh viramon dengan kebenaran beliau. Jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk terus Ke Fb Beliau.

Share² lah yerr..

Leave a Comment