Resepi Nasi Goreng Beef Patti (Daging Burger)

Nasi goreng beef patti aka daging burger, nak buatnya memang simple sahaja, hanya memerlukan 8 bahan untuk lengkapkan menu sedap ini

Nasi Goreng Daging Burger

Nasi Goreng Daging Burger

Nasi goreng boleh dimasak dengan apa saja.  Pelbagai jenis bahan boleh dimasukkan ke dalam nasi semasa ia digoreng untuk mendapat sejenis nasi goreng. Kali ini kami akan kongsikan secara ringkas bagaimana membuat nasi goreng daging burger ini.

Hanya Memerlukan 8 bahan sahaja dalam 

Bahan-Bahan:

– 3 ke 4 cawan nasi putih sejuk
– 1 bawang besar
– 3 bawang putih
– 1/2 biji bawang holland
– 1 paket perencah nasi goreng ayam #Adabi
– Garam & lada hitam secukup rasa
– Sedikit minyak
– 3 keping daging burger (potong dadu)

Cara-Cara:

1. Ramaskan nasi. Tabur perencah, garam & lada hitam di atas nasi.
2. Blend kasar semua bawang-bawang.
3. Panaskan minyak. Tumis bahan blend sehingga naik bau. Masukkan daging burger dan kacau sampai garing.
4. Masukkan nasi tadi. Kacau rata. Kalau nak pedas, boleh tambah cili api ketuk. Siap.

*Resepi Nasi Goreng Beef Patti ini telah disumbangkan oleh Nur Fakhira Mohd Rosl

Share² lah yerr..

Leave a Comment