Resepi Nasi Beriani Simple & Paling Sedap

Ini adalah cara dan resepi nasi beriani, nak buat menggunakan periuk noxxa pon boleh, jom tengok step yang dikongsikan ini

Cara Buat Nasi Beriani

Cara Buat Nasi Beriani

Nasi beriani ini sudah turun-temurun dinikmati oleh pelbagai orang. Nasi tradisional India ini sangat popular bukan sahaja di negara asalnya, malah hampir setiap pelosok dunia kenal dengannya. Kali ini, mari kita belajar memasak nasiberiani ini dengan mengikuti resepi yang dikongsikan. 

Bahan-Bahan:

– Jintan manis

– Jintan putih

– Ketumbar 

– Kunyit 

– Cili kering 

Semua bahan dalam 3 sudu ikut berapa banyak nasi yang anda nak masak. Resepi ini masak untuk 20 orang 

– Kayu manis

– Lawang 

– Pelaga 

– Daun beriani

– Cili padi hijau

– Cili hijau 

Ikut kepedasan masing-masing.

– Bawang merah India 15 bji dihiris

– 4 bji tomato dipotong kecil

– Ambil segengamam daun ketumbar Dan pudina di ptg kecil

– Kisar bawang putih sampai halus

– Kisar halia sampai halus

– Daun beriani

– Tairu

Cara-Cara:

– Panaskan minyak masukan semua bahan tumis

– Masukan bawang merah sampai garing

– Masukan halia ,bawang putih yg dikisar sampai garing

– Masukan tomato

– Masukan cili masak sampai empuk

– Masukan daun beriani Dan semua rempah

– Masak selama 10 minit

– Masukan ayam gaul sampai empuk

– Masukan tairu 5&6 sudu Masukan perasa garam kalau nak boleh guna sikit aji

– Akhirnya sekali masukan daun ketumbar dan pudina

– Masukan minyak sapi sikit dan masak sampai pecah minyak

– Çuci beras basmathi dan masukan rempah yang dimasak

– Tuangkan air ikut beras nisbah 1 cawan beras guna 1 1/2 cwn air boleh masak dlm periuk ataupun cooke.

Selepas masak dlm cooker

– Masukan dalam bekas campurkan dgn bawang goreng, gajus goreng dan kismis

Rujukan Resipi :

[1] Cgayatthiri Devi Chundriah