Resepi Nasi Ayam Noxxa Sedap & Lembut Untuk Dimakan

Nasi ayam memang mudah di buat jika menggunakan periuk noxxa atau apa-apa jua “pressure cooker” jom try resepi padu ini

Hidangan chicken rice sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia. Kedua-dua makanan ini boleh dimasak dengan apa cara sekalipun, ia masih sedondon dimakan sekali. Di sini, kami ingin berkongsi resepi Nasi Ayam Cara Kak Fikah kepada anda.

Mari kita tengok bahan-bahan dan cara-cara digunakan oleh Kak Fikah untuk menyediakan hidangan nasi ayam ini 

NASI

Bahan-bahan:

1. Bunga lawang
2. Kayu manis
3. Halia
4. Bawang besar
5. Planta

1. Tumis bunga lawang, kayu manis, halia, bawang besar dengan planta sehingga ia menjadi agak garing.
2. Masuk air rebusan ayam. Kiub pati ayam dan garam.
3. Selepas itu, masak nasi dengan menggunakan Periuk Noxxa. 7 minit siap.

AYAM BAKAR
Bahan-bahan:

1. Ayam
2. Halia
3. Sos tiram Kimball
4. Kicap Mudim
5. Sos Mudim
6. Madu
7. Garam
8. Lada putih
9. Serbuk perasa

Cara-cara: 

1. Potong ayam jadi dua
2. Rebuskan ayam bersama halia, (simpan air rebusan apabila ayam telah siap direbus)
3. Ayam rebus tersebut boleh diperapkan dengan sos tiram Kimball, kicap Mudim, sos Mudim, madu, garam, lada putih dan serbuk perasa. 
4. Bakarkan ayam setelah perapan selesai. 

SUP

Bahan-bahan:

1. Bawang besar
2. Halia
3. Bawang putih

Cara-cara:

1. Tumis bawang besar, halia, bawang putih sampai garing.
2. Masuk air rebusan yg lebih tadi, sup bunjut
3. Didihkan, perasakan dgn garam. 
4. Masuk daun sup semua.
5. Kisarkan cabai merah (cabai besar), cabai melaka dan tomato. 
6. Masak atas api rasakan agak-agak sedap.

Rujukan :

[1] – Nur Shafikah

Share² lah yerr..

Leave a Comment