Resepi Mini Bun Sosej Macam Beli Di Kedai

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat mini bun sosej atau nama lain roti hotdog, boleh cuba ikuti langkah dibawah jika hendak mencubanya

Cara Buat Roti Sosej Mini

Cara Buat Roti Sosej Mini

Penuhi rumah anda dengan bau harum roti segar dimasak hasil buatan anda sendiri. Roti homemade rasanya amat sedap memuaskan, lebih-lebih lagi apabila ia dimakan sewaktu masih panas. Mari cuba buat roti sosej ini.

Mari lihat bahan dan cara yang perlu diikuti.

Doh Asas roti manis

Bahan-Bahan:

– 750 gm tepung gandum
– 1 peket yis
– 1 1/2 sudu teh garam halus
– 1 1/2 sudu teh bread improver
– 1 1/2 sudu the bread softhener
– 4 biji kuning telur
– 250 ml susu fullcream 
– 150 gm gula kastor
– 150 gm buttercup 

Cara-Cara:

– Kalau pakai tangan sebatikan bahan kering terlebih dahulu dan baru bahan basah dimasukkan sikit demi sikit 

– Uli sehingga menjadi licin

– Jikalau anda memakai breadmaker masukkan bahan cecair dibawah dan bahan kering di atas setkan no 8 buat 3 Kali

– Bila siap bahagikan setiap doh sebanyak 60gm 

– Masukkan isi-isian beraneka yang anda suka 

– Biarkan doh kembang selama 2 jam 

– Selepas itu proses untuk bakar, masukkan doh ke dalam sauna api atas dan bawah, suhu dalam 200° bergantung pada oven masing-masing. 

– Akhir sekali api Bawah selama 5 minit untuk mendapat garing dibawah permukaan roti itu.

Rujukan :

– Pembekal Alatan Dapur

Leave a Comment