Resepi Mee Rebus Terengganu

Ini adalah cara serta resepi untuk membuat mee rebus terengganu, nak cuba boleh ikut step by step yang ditunjukkan di bawah, ganu kiter memang sedap mee nya

Cara Buat Mee Rebus Terengganu

Cara Buat Mee Rebus Terengganu

Terdapat pelbagai variasi masakan untuk mee rebus. Ini adalah mee rebus Terengganu dan ia merupakan salah satu makanan ‘signature’ negeri itu.

Mari lihat apa yang diperlukan untuk membuat mee rebus Terengganu :

Bahan – bahan: 
– Mee kuning – 2 paket (boleh juga guna mee lidi) 
– Bawang putih – 4 ulas*
– Bawang merah – 6 biji*
– Lada hitam – 3 sudu besar*
– Garam – secukup rasa
– Chicken stock – secukup rasa
– Cili merah – 2 biji (dipotong) 
– Tomato – 2 biji potong (1 biji potong 6) 
– Carrot – setengah batang
– Sawi – 1 ikat
– Ayam bahagian dada
– Air
– Telur – 2 biji

Tumbuk bahan yang bertanda (*) sehingga lumat.

Cara – caranya:

1) Tumiskan bahan yang bertanda (*) sehingga naik bau, masukkan ayam sampai masak
2) Setelah ayam masak, masukkan air (air agak-agak 2 3 gelas) sampai mendidih. 
3) Lepas mendidih masukkan telur ditempat mendidih paling kuat, biarkan telur tu pecah dengan sendirinya
4) Masukkan sawi, cili merah, tomato dan carrot. 
5) Masukkan mee kuning, kacau sikit. Agak – agak kuah tu kurang boleh letak air lagi ikut suka selera masing – masing, tapi mee rebus kalau takde kuah tak sedap
6) Perasakan dengan garam & chicken stock secukup rasa.
Siap!

Rujukan :

– Anys Nadiah

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of