Resepi Mee Kari Simple & Sedap (Pelbagai Variasi)

Mee kari ada bermacam jenia variasi antaranya udang, ayam, ketam, kerang, dan banyak lagi, jom try buat dengan perkongsian cara resepi mudah ini.

Resipi Mee Kari Special Paling Sedap

Resipi Mee Kari Special Paling Sedap

Kalau sebut pasal mee ini, teringat bermacam jenis yang ada di Malaysia, antara mee kuahmee goreng mamak, dan bermacam lagi. Kali ini kita cuba versi kari pulak. 

Mari lihat resepi mee kari yang dikongsikan oleh Siti Mariam Zainon ini. 

Bahan-bahan:
– Bawang putih 
– Bawang merah 
– Halia 
– Daun kari 
– Serbuk kari 
– Rempah Halba 
– Santan
– Mee

*(Untuk isian kari, anda boleh guna apa-apa sahaja dan sebagai cadangan, kami syorkan anda guna bahan-bahan berikut)

– Udang
– Ayam
– Daging kambing
– Fish ball
– Fish cake 
– Tauhu kerin(SM pon tak tau ape nama sebenar nya) 
– Sawi

Cara masak: 
– Tumiskan bawang putih, merah, halia, daun kari dan rempah halba sehingga naik bau 
– Kemudian masukkan serbuk kari 
– Tumis sehingga pecah minyak 
– Kemudian masukkan bahan mentah 
– Masukkan air 
– Apabila bahan mentah sudah masak, masukkan garam kemudian masukkan santan 
– Masukkan tauhu, fish cake, fish ball dan sayur 
– Kacau dengan perlahan

– Dengan itu karinya sudah siap.

– Bagi mee pula, celupkan dengan air panas dan basuhkan mee tersebut bagi mengelak rasa pahit.  

– Selesai sahaja persiapan mee, anda boleh menikmati mee kari anda. 

Rujukan :

[1] – Siti Mariam Zainon

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of