Resepi Mee Goreng Mamak Asli & Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat mee goreng ala mamak paling sedap dan asli yang boleh anda cuba.

Cara buat mee goreng mamak

Cara buat mee goreng mamak

Antara fevret makan bila kunjungi kedai mamak adalah mee goreng mamak, rasanya seakan mee goreng biasa, tetapi ada bahan yang tiada dalam yang biasa tetapi ada pada mee goreng mamak

Mari lihat apa yang diperlukan untuk buat mee goreng mamak ini.

Bahan-Bahan:

– Mee kuning 450g(5 orang makan)
– Lada kering, Bawang Merah, Bawang putih (blend)
– Sayur Sawi@Taugeh
– Fish cake@Fish ball
– Sotong@Udang
– Telur 2 biji
– Kicap (6 sudu makan)
– Seafood sos adabi (2 sudu makan)
– Sos Cili (2 sudu makan)
– Perencah Maggi Kari (setengah paket)
– Garam (secukup rasa)

Cara-Cara:

– Tumis lada kering yg dah diblend hingga garing
– Masukkan seafood sos adabi,sos cili,kicap,perencah maggi kari dan sedikit air.
– Masukkan sotong@udang dan fishcake@fishball
– Masukkan sayur dan telur kacau sebati perasakan dgn garam
– Akhir sekali masukkan mee kuning yg sudah dibasuh gaul sebati sehingga masak

Rujukan :

– Siti Norain

Leave a Comment