Resepi Mee Goreng Basah Paling Sedap Dan Simple

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat mee goreng basah ala-ala chinese style juga tidak terlalu kering dan tidak terlalu berkuah

Cara Buat Mee Goreng Basah

Cara Buat Mee Goreng Basah

Mee goreng basah ini adalah variasi mee goreng yang amat dikenali oleh rakyat Malaysia. Mee goreng ini sedap dimakan dengan perahan limau kasturi ataupun telur mata kerbau.

Kalini kami ingin kongsikan resepi hasil tangan Aisyah Fadzil yang di kongsikan di lama facebooknya yang mendapat reaksi ramai

Mari lihat apa yang diperlukan untuk membuat mee goreng basah:

Bahan-Bahan: 

– 10 biji bawang merah *
– 1 biji bawang besar * 
– 5 ulas bawang putih * 
– Cili kering rebus (agak sengeggam la sebab saya suka pedas tambah lagi ikut suka) *
– Sukatan untuk mee kuning setengah kilo

– Kisarkan dahulu semua bahan bertanda *

Cara-Cara:

– Tuang minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas.

– Tumiskan bahan yang sudah dikisar tadi sehingga naik bau. 

– Letak kicap manis jenama apa2 jela biar warna dia cantik tau. Kalau mak saya suka pakai kicap pekat. 

– Tapi saya pakai kicap biasa cap kipas udang tu jek. Saya biasanya tuang lebih sikit jangan campak terus 1 botol sudah lah yek. Sebab teksture dia cair kan. Kalau guna kicap pekat letak sikit je.

– Letak garam, gula & perasa.

– Lepas tu kacau-kacau pecahkan telur 2 biji okay. Biar kejap jangan terus kacau nanti hancur tak cantik lah. Lepas tu baru kacau guna sudip tu dari bawah naikkan ke atas. 

– Masukkan fish cake & mee kuning tadi. Letak air sedikit sampai mee dah elok masak ye. Jangan terus tuang air banyak tau. Kalau mee masih keras tambah lah air lagi.

– Dah nak agak-agak masak masukkan sawi, taugeh & tomato potong 8. Part yang ni saya suka mee goreng basah, jadijangan sampai kering lah mee korang tu. Biasanya saya basah2 lagi tu terus letak semua sayur. Kacau-kacau terus angkat.

Rujukan :

– Aishah Fadzil

Share² lah yerr..

Leave a Comment