Resepi Masala Vadai Sedap & Rangup

Ini adalah cara serta resepi untuk membuat masala vadai, nak cuba buat sendiri jom ikuti step ditunjukkan dibawah

Cara Buat Masala Vadai

Cara Buat Masala Vadai

Masala Vadai adalah sejenis makanan yang popular di Selatan India. Masala vadai diperbuat dari kulit bengal berpecah atau dikenali sebagai chana dal. Ia biasanya dibuat makan sekali pada waktu minum petang. Masala vadai adalah kuih yang popular dijual terutamanya di “Street Food”.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Masala Vadai.

Bahan-Bahan:

• Kacang dal sy beli 1.50

• Bawang 1 biji potong dadu

• Jintan manis 1 sudu besar

• Cili kering potong kecil-kecil

• Daun kari 3 tangkai

Cara-Cara:

• Rendam kcang dal selama 3 jam

• Kemudian kisar halus semuanya, tinggalkan segenggam sahaja yang tidak dikisar untuk dicampur sekali dengan kisaran. 

• Semasa mengisar, jangan gunakan banyak sangat air.

• Buangkan air kemudian gaul sebati semua bahan-bahan. Rasakan garam, gula sedikit.

• Tunggu 1 jam kemudian goreng.

Rujukan Resipi :

– Eita Emi

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of