Resepi Lompat Tikam Mudah Dan Sedap Dimakan

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat lompat tikam, kaedahnya mudah sahaja, boleh ikuti langkah yang diberikan dibawah.

Cara Buat Lompat Tikam

Cara Buat Lompat Tikam

Lompat tikam antara pencuci mulut terbaik untuk dimakan, kuih ini mempunyai dua lapisan dimana lapisan bawahnya adalah tepung bersama pandan (hijau) dan lapisan atas disaluti santan (putih). 

Sedap dimakan bersama kopi mahupun teh tarik, kuihnya dibuat menggunakan gula melaka sahaja untuk dicicah.

Bahan-Bahannya:

Bahan-Bahannya:

– 1 cawan tepung beras

– 2 cawan air

– 2 cawan air daun pandan

– 1/2 sd kecil kapur

Cara-Caranya :

Cara-Caranya :

Satukan dan Kacau bahan tersebut sampai pekat di atas api yg sederhana. Dah nampak berkilat boleh angkat masuk loyang.

Lapisan Atas Santan

Lapisan Atas Santan

Kepala santan
– 1 cawan tepung beras
– 2 cawan air
– 2 cawan santan 
– 1 sd kecil garam

Satukan semua bahan dan masak sampai likat. Dah masak tuang adunan kedalam loyang yang sama. Sejukan potong dan makan.

Ini Adalah Kuahnya

Ini Adalah Kuahnya

Nak buat kuah letak gula melaka dengan air masak, masak sampai gula tu cair

Rujukan Resipi :

– Min Hani‎

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of