Resepi Lepat Pisang Guna Tepung Gandum Mudah & Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat lepat pisang, kalau teringin nak cuba boleh ikuti langkah seperti ini

Cara Buat Lepat Pisang

Cara Buat Lepat Pisang

Lepat pisang adalah kuih yang amat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ia adalah salah satu kuih yang kerap dibeli untuk dimakan sekali sewaktu minum petang ataupun sarapan pagi. 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat lepat pisang ini.

Bahan-Bahan:
– 15 biji pisang emas
– 1 cawan tepung gandum
– 4 sudu besar gula (boleh kurang/tambah) 
– Secubit garam
– Daun pisang (layurkan sekejap atas api dan potong selebar tapak tangan)

Cara-Cara:
1. Lenyek pisang (tak perlu terlalu halus)Masukkan gula dan garam dan gaul sebati.
2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul rata
3. Letakkan sedikit adunan ke atas daun pisang.
4. Kemudian lipat dan buat hingga habis
5. Panaskan pengukus, pastikan air mendidih terlebih dahulu.
6. Kukus hingga masak (kukus lebih kurang selama 12-15min sahaja)

Rujukan :

– Siti Shamsina 

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of