Resepi Lasagna Roti Simple Dan Sedap Untuk Dihidangkan

Anda mahu cuba memasak masakan Barat tapi tak tahu caranya? Mari lihat resepi yang dikongsikan oleh Mis Julie Biz kepada kami.

Cara buat resipi lasagna roti

Cara buat resipi lasagna roti

Lasagna Roti selalunya dibuat dengan lapisan pasta, tetapi dengan resepi ini, anda akan menggunakan roti gardenia untuk membuat lapisan. Anda akan isikan dengan sos, daging, sayur dan lain-lain. 

Kali ini kami nak kongsikan resepi yang dikongsikan oleh Mis Julie Biz di facebooknya.

Mari lihat apa yang diperlukan untuk membuat Lasagna Roti:

Bahan-bahan

– 1 Buku roti Gardenia di gelek 
– 400gm daging kisar
– 2 biji bawang besar/bawang Holland potong dadu
– 2 ulas bawang putih
– 1 botol Sos spaghetti leggo’s ( napoletana) 575gm
– Sayur campur (ikut selera suka byk mana) cik letak sbb xde cendawan 
– Sedikit lada hitam
– Sedikit lada putih
– Sedikit gula 
– Sedikit tepung gandum 
– 1 sudu kecil oregano/mix herbs (optional)
– Garam secukup rasa
– Sedikit minyak utk menumis
– Sedikit tepung jagung
– Air
– 2 keping Keju cheddar 
– Keju mozarella utk topping

Cara Masak Kuah Lasagna

1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
2. Masukkan daging kisar, kacau hingga masak / berubah warna.
3. Masukkan sos spagetti. Tambah air dlm botol sos spageti td 1 botol dan tuang skali.. 
4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan oregano/mix herbs. Setelah mendidih, masukkan sayur campur..tambah tepung jagung yg di bancuh dgn air utk pekat kan sikit kuah td.. Perasakan dengan garam dan gula.
5. Masak skejap. Tutup api, ketepikan.

Cara Masak Sos Putih

1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu.
2. Masukkan sedikit tepung gandum..kacau sampai warna sedikit perang.
3. Masukkan air..
4. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk lada putih, garam dan gula..
5. Masukkan 2 keping keju cheddar..optional..cik letak sbb xde susu..jd cik gantikan dgn keju cheddar 
6. Masak skejap sampai mendidih dan pekat. Tutup api, ketepikan.

Cara-Cara:
Letak kuah lasagna dlm loyang..kemudian sedikit sos putih..susun roti yg digelek atas kuah dan sos td..
Letak semula kuah lasagna, kemudian sos putih atas roti yg di susun dlm loyang.. Ulang lagi langkah ni hingga roti, kuah lasagna dan sos putih habis..pastikan lapisan atas skali di tutup dgn kuah lasagna dan sos putih..
Taburkan keju mozarella di atas lapisan terakhir.
Bakar dalam oven selama kira2 20-30 minit ( suhu tu ikut pada oven masing2 ).

Tada dah siap blh potong dan makan..hihi..

Rujukan :

– Mis Julie Biz

Share² lah yerr..

Leave a Comment