Resepi Laksam Kelantan Lemak Berkrim Disukai Ramai

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat laksam, peminat laksam boleh cuba buat dengan air tangan sendiri dengan ikut langkah diberikan dibawah

Cara Buat Laksam Sedap

Cara Buat Laksam Sedap

Jika anda seorang peminat tegar laksam, memasak resepi ini mungkin menjadi rutin anda pada setiap pagi. Resepi Laksam ini juga akan memberi tips nak dapatkan laksam yang cantik dan licin.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu dilakukan.

Resepi Laksam 
-1 paket tepung beras golden coin@dua gelang 
-2L air agk-2 suam
-1 cawan tepung gandum
– Bancuh sampai tak berketul-2

CARA-CARA:
– Panaskan pengukus dan sapu sedikit minyak di penutup periuk@loyang
– Masukkan secawan @ 1-2 senduk adunan
– Tutup pengukus & biarkan 3-5 minit. Bile dah mengelembung boleh la angkat.
– Kacau adunan setiap kali sebelum kukus ye.

Kuah Laksam
– Ikan Sardin/Selayang 1- 1.5kg 
– Santan 800g-1kg
– Bawang merah 15-20 biji @ lebih
– Bawang putih 2-3 ulas@lebih
– Bawang holland 1-2 labu
– Halia ( xletak xpe,tapi sy letak dalam seinci)
– Lada hitam (blend @tumbuk)
– Garam/gula/chicken stock@aji
– 2 keping asam keping

CARA-CARA :-
– Rebus ikan & isi ikan blend sampai hancur
– Blend ke semua bawang @ halia
– Masukkan kesemua bahan dalam periuk termasuk santan dan air ikot kepekatan kuah y uolss nak. nak kuah pekat kurang la air. 
– Masak diatas api y perlahan dan sentiasa kacau ye untk elakkan kuah berketul-2. 
– Masak sehingga mengelegak dan rasa.
*Selepas tutup api pun perlu kacau ye kuah,kalau x kuah uolss akn berketul-2

Rujukan :

–  Eila Fiela

Share² lah yerr..

Leave a Comment