Resepi Laksa Sarawak Paling Sedap & Mudah

Ini adalah cara dan resepi laksa sarawak paling sedap, peminat laksa boleh cuba buat sendiri di rumah dengan langkah dibawah

Cara Buat Laksa Sarawak

Cara Buat Laksa Sarawak

Inilah laksa sarawak homemade bersama sambal yang berasa amat padu. LaksaSarawak, jika tidak dijamu dengan sambal memang tidak sedap. Ia juga perlu ditambah 2 atau tiga biji santan.  

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yand perlu dilakukan.

Laksa Sarawak –

Bahan-Bahan:

– 2 pack pes laksa 
– 1 ekor ayam(ayam secukupnya direbus dan dicarik halus)
– 1 kilo udang basah
– 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
– 4 biji telur (saya rebus bulat2)
– 2 kotak santan jenama KARA santan pekat
– Garam dan gula secukup rasa
– Taugeh (dicelur)
– Limau kasturi secukupnya (dibelah dua)

Sambal Udang Kering –(*)

– Bawang besar(dikisar)
– Bawang merah (dikisar)
– Bawang putih (dikisar)
– Sedikit belacan bakar (dikisar)
– 1kg udang kering (dikisar/ditumbuk halus)*saya pakai banyak sebab kalau bnyk lagi – Sedap bau harum je
– Cili kering secukupnya nak pedas boleh bnyak
– Garam dan gula
(jangan letak air asam jawa sebb nanti rasa masam)

Cara-Cara Membuat:

Pes Laksa –

– Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda*

Laksa Sarawak –

– Sediakan air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).

–  perasakan dengan garam dan sedikit gula. masukan tulang2 ayam sisa2 yg telah dicarik biar tambah sedap.

– Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.

Sambal Udang Kering –

– Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.

Rujukan Resipi :

– Jenny Mesya

Share² lah yerr..

Leave a Comment