Resepi Laksa Penang Original Paling Sedap

Ini adalah cara dan resepi laksa penang @ pulau pinang yang mesti anda cuba buat jika anda salah seorang peminat tegar laksa.

Setiap kali anda melawat Penang, ia menjadi kewajipan anda untuk merasa laksa Penang. Rasanya yang sedap sudah melekat kepada semua yang merasanya. 

Ini pula Resepi Laksa Sarawak dan Laksa Johor yang boleh anda cuba

Jika anda ingin merasa laksa ini lagi tanpa melawat Penang, anda boleh cuba resepi ini.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara untuk memasak. 

Kuah Laksa Penang
ikan selayang/sardin – 5 ekor 
~ asam gelugor – 3 keping
~ bawang besar – 2 bijik
~ bawang putih – 2 ulas
~ bawang merah – 2 bijik
~ Air lada – cap puteri 3 sudu
~ Garam – ikut rasa
~ Air rebusan ikan 
~ Air masak 
~ Bunga kantan – 2 kuntum
~ Daun kesum – segengam

Cara- cara

1. Rebus ikan biar tenggelam bersama air, garam, gula, asam gelugor. Biar sampai mendidih. 
2. Asingkan isi ikan dan tulang ikan. Blend isi ikan dengan sedikit air rebusan. 
3. Masukkan dalam periuk bersama lebihan air rebusan ikan dan asam gelugor. Tambah asam gelugur untuk rasa masam. 
4. Blend semua jenis bawang. Masukkan cili boh dalam periuk. 
5. Masukkan bunga kantan dan daun kesum bersama. 
6. Tambahkan garam untuk perasa kan. Jangan masukkan gula tau. Air bawang besar dah keluarkan rasa manis.

~ Boleh gunakan cili kering yang rebus dan blend. Cili boh ni kerja senang tapi rasa fuhhh.

Laksa Kering

~ Rebus sehingga lembut.
~ Angkat dan toskan.

Ulam Tambahan

~ Nenas
~ Telur rebus ( Rebus bersama laksa kering )
~ Timun
~ Bunga kantan
~ Ulam raja/ Salad
~ Lada potong
~ Otak udang
~ Bawang merah ( mayang halus )

Rujukan :

– Rusmida Rusdi

Share² lah yerr..

Leave a Comment