Resepi Laksa Johor Paling Sedap Mudah Dan Simple

Ini adalah cara dan resepi laksa johor yang anda boleh cuba jika teringin merasanya.

Laksa Johor merupakan laksa yang sangat terkenal di bahagian selatan negara Malaysia. Ianya sedikit lain berbanding dengan laksa penang mahupun laksa sarawak. Ia sedap kerana kuahnya yang pekat sambil dimakan dengan spaghetti dan ulam-ulaman.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu kita ikuti untuk membuat laksa Johor ini. 

Bahan-Bahan :
– Spaghetti
– 1kg ikan selayang / kembung
– 3/4 cawan rempah kari ikan
– 1/2 cawan cili kering yang dikisar
– 1 kotak santan segera
– 1 paket kecil kerisik
– Garam & serbuk perasa

Bahan untuk kisar dan tumis :
– 3 batang serai
– 2 inci halia
– 2 inci lengkuas 
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji bawang besar

Ulam Ulaman :
– Timun
– Taugeh
– Daun kesom 
– Kacang panjang
– Limau kasturi

Cara – caranya :
– Ikan disiang dan dibersihkan. Lepas tu kukus @ direbus bersama asam keping. Carikkan isi ikan. Air rebusan ikan tadi tu disimpan . Kisar ikan yang telah dibuang tulangnya dengan air rebusan ikan tadi..kemudian ,ketepikan

– Panaskan minyak 1/2 cawan tumis bahan kisar. Tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari ikan dan cili kering yang telah dikisar. Tumis sehingga kering.

– Masukkan isi ikan yang telah dikisar tadi ..kacau rata . Masukkan air rebusan ikan baki sikit tadi dan santan.
Apabila sudah mendidih ,masukkan kerisik pula.

– Masukkan garam ,perasa dan daun kesom sedikit .

Rujukan :

– Nur Elina Mohd Aziz 

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of