Resepi Kuih Ulat Bulu Sukatan Cawan Gebu

Ini adalah cara dan resepu kuih ulat bulu viral sukatan cawan gebu gebus rupanya, nak try buat sendiri boleh tengok stepnya kat bawah.

Cara Buat Kuih Ulat Bulu

Cara Buat Kuih Ulat Bulu

Kuih ulat bulu ataupun kuih kepompong, adalah sejenis kuih manis, kenyal yang berasal dari Terengganu. Biasanya ia akan kerap dijual pada bulan puasa di pasar Ramadhan.  

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Kuih ulat bulu.

Bahan untuk resepi kuih ulat bulu sukatan cawan :
– Tiga cawan tepung pulut
– Dua sudu besar tepung gandum
– Satu cawan air
– Sedikit air kapur
– Secubit garam
– Kelapa parut
– Inti kacang merah (saya beli yang dah siap)

Cara cara membuat kuih ulat bulu :
– Satukan tepung pulut, tepung gandum, garam dan air kapur. Gaul sampai sebati.
– Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang sederhana lembut.
– Ambil sedikit doh dan leperkan
– Letak inti kacang merah
– Gentel bujur untuk tutup doh
– Ulang sampai habis
– Panaskan air sampai mendidih. Masukkan doh ulat bulu dan biarkan sampai timbul. – Dah timbul, salut atau golek dengan kelapa parut yang di campur dengan sedikit garam. Siap,selamat mencuba.

Rujukan Resipi :

– Ummu Sulaim

Share² lah yerr..

Leave a Comment