Resepi Kuih Siput Sukatan Cawan Ringkas & Rangup

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat kuih siput sedap rangup, teringin nak makan jom try buat dengan resipi dibawah

Cara Buat Kuih Siput

Cara Buat Kuih Siput

Sebut saja kuih siput, anda pasti akan bayangkan kuih yang bersaiz kecil yang berwarna oren perang. Ditambahi dengan rasanya yang pedas. Jika anda teringin untuk memakan kuih ini, ikutilah resepi yang dikongsikan.

Resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Nadiah Alhadi di laman facebooknya, nak cuba boleh ikut langkah-langkah dibawah.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti.

Bahan-Bahan:

– 500g tepung gandum
– 110g marjerin
– Daun Kari secukupnya

Bahan Perasa:
– 1 sb serbuk cili
– 1 sb serbuk Kari
– 1 sb jintan manis
– 1 sb jintan putih
– Sikit garam

Bahan kisar:
– 3 biji bawang merah
– 2 biji bawang putih
– 1/4 cawan air
– 1 biji telur

Cara-Cara:

– Satukan tepung, marjerin dan bahan perisa. 

– Adunkn sehingga jadi macam serbuk roti. 

– Kemudian masukkan bahan kisar dan telur

– Uli sehingga menjadi doh

– Cubit kecil-kecil dan terap pada acuan kuih siput

– Goreng dengan api pelahan.

Rujukan :

– Nadiah Alhadi 

Share² lah yerr..

Leave a Comment