Resepi Kuih Qasidah Paling Sedap dan Berlemak

Bulan puasa hampir tiba. Mungkin ada yang teringin memakan kuih qasidah. Anda boleh cuba buat sendiri dengan mengikuti resepi yang dikongsi Iera Harzira.

Cara Buat Qasidah

Cara Buat Qasidah

Kuih qasidah adalah kuih tradisional yang amat popular di kalangan masyarakat Malaysia. Ia telah menjadi suatu kewajipan untuk kuih ini dijual di mana-mana gerai kuih di dalam pasar. Jika anda berminat anda bolehlah cuba buat sendiri. 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Qasidah.

Bahan-Bahan:

– 5 ulas bawang merah (dihiris halus-halus)
– 4 sudu besar minyak untuk menggoreng
– 1 cawan tepung gandum + 2 sudu besar lagi
– 3 cawan air
– 7 sudu besar gula pasir
– sedikit garam halus

Cara-Cara:

– Gorengkan bawang dengan minyak sehingga ia garing.
– Aangkat dan ketepikan.
– Satukan tepung, air, gula dan garam.
– Kkacau hingga tepung sebati dan larut (guna blender je senang..muahaha)
– Tapiskan ke dalam periuk.
– Masukkan baki minyak bawang tadi ke dalam periuk tadi.
– Masak dengan api sederhana kecil sehingga ia memekat.
– Kacau selalu supaya adunan tidak berketul.
– Kacau lagi sehingga adunan meletup-letup, pekat dan berkilat.
– Ambil loyang atau segala jenis maneka pinggan 
– Terus tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan.
– Taburkan bawang goreng tadi dan renjiskan sedikit minyak bawang di atasnya.
– Sejukkan dulu naaaa..takut melecup lidah hangpa nanti..

SELAMAT MENCUBA!

Rujukan Resipi :

– Iera Harzira

Share² lah yerr..

Leave a Comment