Resepi Kuih Lompang Warna Warni Bunga Telang

Nampak menarik bila kuah lompah dibuat dalam pelbagai warna, jom cuba cara membuatnya dengan resepi yang diberikan ini

Resipi Lompang Pandan Biru Laut

Resipi Lompang Pandan Biru Laut

Kerap sekali kita dapat merasa kuih lompang apabila kita singgah ke gerai kuih di mana-mana saja. Ia adalah kuih yang kerap dijual di gerai-gerai tersebut.

Jika anda teringin untuk membuat kuih ini dengan sendiri, anda boleh rujuk resepi kuih lompang ini. Resepi ini dikongsikan oleh Suhaida Suhaibudin.

Mari kita lihat apa yang diperlukan untuk membuat kuih ini. 

Acuan Buat Lompang

Acuan Buat Lompang

Bahan-bahan :

1. 2 1/2 cwn tepung beras 
2. 1/2 cwn tepung sagu
3. 1 cwn gula pasir
4. 1 sk esen rose
5. 2 cwn air bunga telang~bancuh dengan tepung 2 cwn air biasa ~ masak bersama gula
6. Daun Pandan (Di simpul)
7. Acuan secukupnya
8. Pewarna biru
9. Kelapa parut putih sahaja
10. Secubit garam

Lompang Warna Warni Sedap

Lompang Warna Warni Sedap

Cara-Cara :

1. Panaskan kukusan. Masak 2 cawan air bersama gula dan daun pandan hingga gula larut sejukkan.
2. Dalam bekas lain satukan tepung beras + tepung sagu. + 2 cawan air bunga telang kacau rata.
3. Tuangkan air gula ke dalam adunan tepung
Kacau rata dan kemudian di tapis. Adunan ini terlalu cair. Tambahkan esen rose + pewarna light blue Kacau rata. Ketepikan
4. Oles Acuan dengan minyak jagung. Susun dalam kukusan
5. Bila air kukusan telah mendidih, letakkan acuan dan kukus acuan selama 5 minit
Selepas 5 minit, tuangkan adunan dalam bekas acuan. Tinggal sedikit ruang untuk membentuk lekuknya.
6. Kukus selama 20 minit. Bila dah masak, tunggu sejuk baru keluarkan dari acuan.
Kuih lompang di hidangkan dengan kelapa parut yang di gaulkan dengan sedikit garam.

*Resepi Kuih Lompang ini telah disumbangkan oleh Suhaida Sahabudin menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula oleh viramon dengan kebenaran beliau. Jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk terus Ke FB Beliau.

Share² lah yerr..

Leave a Comment