Resepi Kuih Bangkit Sukatan Cawan Susu Sedap

Jom try buat kuih bangkit sebagai menu utama jamu tetamu raya anda, nak cuba boleh ikuti cara dan resepi ini.

Cara Buat Kuih Bangkit

Cara Buat Kuih Bangkit

Kuih bangkit ini sudah lama menjadi suatu kebiasaan apabila di musim raya. Setiap kali anda melawat rumah saudara-mara, sudah pasti kuih ini akan dihidangkan sekali dengan kuih-kuih lain. 

Sudah tentu terdapat juga masa anda ingin memakannya di luar musim raya. Biasanya orang-orang akan beli luar saja, tapi apa kata kita cuba buat dengan sendiri.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Kuih Bangkit Susu Kelapa.

Bahan-Bahan:

– 3 cawan tepung ubi (disangai)*

– 2 ½ cawan tepung jagung (tak sangai pun)*

– 250g butter cup (1 cawan ++)

– 4 sb susu tepung*

– 4 sb  serbuk santan*

– 1 ¼ cawan gula (1 cawan pun boleh)

– 2 biji kuning telur (putih telur jangan dibuang, boleh dibuat sapuan untuk hiasan)

– 1 sk serbuk penaik*

– Secubit garam penambah perisa*

– Bijan / cheese (hiasan ikut suka)

Cara-Cara:

– Pukul butter dan gula hingga sebati

– Masukkan telur pukul lagi hingga kembang

– Satukan tepung ubi, tepung jagung, susu tepung, santan serbuk, serbuk penaik, garam kemudian ayak (bertanda *).

– Masukkan sikit demi sedikit bahan yang di ayak kedalam adunan tadi.

– Kalau adunan keras masukkan butter sikit sehingga menjadi doh.

– Kemudian rehatkan adunan yang menjadi doh dalam 30 mio, lebih pun boleh.

– Terap ikut acuan kesukaan dan hiasan dengan sapuan telur putih yang dicampur pewarna kuning telur dan hiasan la ikut suka anda

– Bakar dalam suhu 170 d/c dalam 20min…(tapi perhatikan kerana takut terlebih masak) biskut ini cepat masak…

Rujukan Resipi :

– Sha Nisa Iman