Resepi Kuah Kacang Simple Dan Sedap

Anda suka makan nasi impit atau sate dan mahu menikmatinya dengan kuah kacang yang sedap? Rujuklah resepi diberi ini.

Resipi Kuah Kacang Segera

Resipi Kuah Kacang Segera

Ini adalah resepi kuah kacang yang mudah, tetapi rasanya amat enak sekali. Anda tidak perlu menggunakan santan, serai atau terlalu banyak bahan.

Kuah kacang ini juga dapat tahan lama untuk beberapa hari. Selain itu, ia akan menjadi lebih sedap jika anda menjamahnya semasa ia masih panas.

Bahan-bahan:

1. Kacang tanah 1.5kg
– Sangaikan tanpa minyak sehingga garing dan  rangup.
– Kisarkan menggunakan kisar kering
– Boleh buang kulit atau xperlu buang kulit

2. Udang kering 200g
– Kisarkan menggunakan kisar kering

3. Cili kering
– Kuantiti ikut pada rasa nak kepedasan tahap mana.
– Rebus dan kisarkan bersama minyak, tambahkan sebiji bawang merah & 8 ulas bawang putih.

4. Gula
5. Garam
6. Air asam jawa
7. Air 
(Masukkan agak-agak untuk mendapatkan kepekatan yang dimahukan. kalau kuah terlalu pekat boleh tambah air)

Cara-cara membuat kuah kacang:

1. Tumiskan cili kering sehingga pecah minyak
2. Masukkan gula dan garam secukup rasa
3. masukkan udang kering, kacang dan air
4. Masukkan air asam jawa
5. Masakkan sehingga minyak timbul di permukaan kuah kacang.

*Resepi Kuah Kacang ini telah disumbangkan oleh Nor Salina Aziz menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula oleh viramon dengan kebenaran beliau. Jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk terus Ke Fb Beliau.

Share² lah yerr..

Leave a Comment