Resepi Kek Sarang Semut Sukatan Cawan Kukus & Bakar

Jom try buat kek sarang semut sedap dan mudah dengan ikuti cara serta resepi dibawah ini

Cara Buat Kek Sarang Semut

Cara Buat Kek Sarang Semut

Kek sarang semut atau dikenali juga sebagai kek gula hangus ini dimasak secara kukus. Jika anda suka meluangkan masa lapang anda dengan memasak kek, anda boleh merujuk kepada resepi ini untuk membuat sesuatu yang baru di dapur anda. 

Mari lihat bahan dan cara yang boleh kita ikuti. 

Bahan Gula Hangus:
• 2 cawan gula pasir

• 2 cawan air panas(betul2 panas)

•  sudu penuh butter ( mentega pun boleh)

Cara-Cara:

• Hanguskan gula guna api sederhana perlahan

• Bila dah cair dan perang, masukkan air panas(hati bila letak air panas,sbb dia akn meletup2)

• Bila gula dah larut, tutup api dan masukkan butter

• Biarkan sejuk, pastikan betul2 sejuk yer.

Bahan-Bahan Kek:

• 7 bijik telur gred A

• 2 cawan tepung gandum (ayak)

• 2 sdt soda bikarbonat ( ayak)

• 1 sdt baking powder (ayak)

• 1/2 cawan susu pekat manis

• 2 sdt esen vanilla

Rujukan Sukatan Cawan Yang Boleh Anda Ikuti

Rujukan Sukatan Cawan Yang Boleh Anda Ikuti

Cara-Cara:
• Blender telur 10 minit, pukul sampai kembang.

• Masukkan esen esen vanilla dan pukul lagi.

• Masukkan susu pekat kacau hingga sebati.

• Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga habis..kacau sampai sebati.

•  Akhir sekali, masukkan air gula yang dah disejukkan, kacau hingga sebati atau sampai tidak berketul.

• Ratakan minyak di atas loyang, lapik baking paper, tapis adunan ke dalam loyang kemudian bakar api bawah sahaja selama 1 jam pada suhu 180 celsius. 

• Bakar lagi 5-10 minit api atas sahaja pada suhu 180*.

• Boleh juga dikukus selama 1 jam ataupun sehingga masak.

Rujukan Resipi :

– Nur Syafiqah

Share² lah yerr..