Resepi Kek Pisang Kukus Gebu Viral

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat kek pisang sedap versi kukus, nak cuba boleh ikuti step dibawah

Cara Buat Kek Pisang Viral

Cara Buat Kek Pisang Viral

Sebelum ini kami telah kongsikan satu resepi kek pisang bakar, kali ini kami akan kongsikan resepi kek pisang juga tetapi ia akan dimasak secara kukus. Ia bagus untuk mengajar anda cara-cara alternatif untuk memasak kek. 

Marilah cuba memasak kek pisang kukus ini. 

Bahan-Bahan:

• 1 cawan gula
• 1 cawan minyak masak
• 2 cawan pisang yg dilenyek (pisang lemak manis)
• 2 cawan tepung gandum
• 2 sudu kecil soda bikarbonat
• 3 biji telur

Cara-Cara:

• Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar.
• Putar sehingga sebati & kukus.
• Untuk acuan kecil2, kukus 15 minit api besar.
• Utk loyang, kukus 45 minit api besar.

Rujukan Resipi :

– Zieha Na Zieha

Share² lah yerr..