Resepi Kek Pandan Bakar Sukatan Cawan Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat kek pandan, ada juga yang menggunakan gula melaka, ada juga menggunakan kaedah kukus, untuk kali ini ianya menggunakan kaedah bakar

Cara Buat Kek Pandan Sedap

Cara Buat Kek Pandan Sedap

Kalau anda sudah lama teringin memakan kek, anda bolehlah cuba buat sendiri kek pandan ini di rumah anda. Kek ini bukan sahaja berbau harum, malah ia sedap, ringan, dan seakan-akan kek span. Kek pandan adalah kek yang popular di kawasan Asia Tenggara.

Mari cuba memasak kek pandan ini. 

Bahan A
• 120gm gula kastor
• 10gm ovalette
• 4 biji telur gred A
• 130gm tepung naik sendiri

Bahan B
• 40gm air
• 1 sudu kecil coconut pandan emulco
• Sedikit pewarna hijau epal

Bahan C
• 60gm minyak masak

Rujukan Sukatan Cawan Yang Boleh Anda Ikuti

Rujukan Sukatan Cawan Yang Boleh Anda Ikuti

Cara Membuat:

• Griskan acuan kek bulat berukuran 8” atau 9”. 

• Lapik dgn baking paper. Panaskan ketuhar pada suhu 180’C. Api atas bawah.

• Satukan gula kastor, ovalette, telur & tepung ke dalam mangkuk pengadun.

•  Pukul dgn kelajuan perlahan untuk sebatikannya. 

• Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.

• Perlahankan kelajuan dan tuangkan air, coconut pandan emulco & pewarna hijau epal. 

• Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.

• Masukkan minyak & kacau sebati. Pastikan jgn terlebih kacau. Nanti kek mendap.

• Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 45 minit.

• Setelah masak, terlangkupkan kek supaya tidak mendap. 

• Selepas 5 minit, terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. 

• Biarkan kek sejuk & sedia utk di makan. Selamat mencuba 

Rujukan Resipi :

– Atier Shah

Share² lah yerr..