Resepi Kek Nenas Bukan Sukatan Cawan Paling Sedap

Jom try buat kek nenas pulak, cara dan resepinya tidak begitu susah jika anda mengikuti apa yang diberikan ini

Cara Buat Kek Nenas Simple Terbalik

Cara Buat Kek Nenas Simple Terbalik

Untuk memasak kek nenas ini, anda perlu menyediakan beberapa bahan sebelum bermula. Bahan yang paling utama adalah nenas. Anda boleh menggunakan nenas dari tin jika anda malas nak memotong buah nenas. 

Mari lihat bahan yang selebihnya dan cara untuk memasak kek nenas ini.

Bahan-Bahan:

– Planta

– Nenas tin

– Ceri tin

– Gula Kastor

– 6 biji telur Gred B

– Esen Vanilla

– Tepung Kek

Cara-Cara:

– Lenserkan loyang dgn planta/marjerin

– Bekas yang sama, cairkan atas dapur 3 sudu planta dan 4 sudu besar gula perang

– Masakkan sampai cair dan ratakan seluruh loyang seperti dalam gambar

– Susun nenas tin dan ceri atas cairan tadi dan ketepikan

– Pukul 250 gm planta bersama 200gm gula kastor.

– Pukul gula dan planta td sampai bertukar color spt di atas ye

– Pastu masukkan 6 biji telur gred b sebiji2

– Pukul hg sebati tp jgn terlallu lama sb dikuatiri kek akn berminyak. Pukul agak2 da sekata.jer

Proses Membuatnya

Proses Membuatnya

– Inilah hasil campuran telur tadi. Bila sebati masukkan 1 sudu teh esen vanilla dan 6 sudu besar isi nenas 

– Isi nenas ini adalah lebihan buah nenas yg diblend bersama airnya.

– Pastu masukkan 250gm tepung kek. Masuk sikit2 . Kacau guna sudip je hg sekata

– Ni air lebihan nenas yg di blend dgn isi nyer td. Isi ais blh minum sambil2 tunggu kek

– Bila dah kacau tepung dgn sebati. Tuangkan adunan ke dlm loyang yg telah disusun nenas td. 

– Panaskan oven 10 minit 180c api atas bawah

– Masukkan kek guna api bawah dulu selama 25min. Selepas 25 min tukar api atas bawah. Suhu 200c 

– Suhu dan masa bergantung pd oven anda ye. Sy punya oven 1 jam baru masak

Rujukan Resipi : 

[1] – Airya Izzah Majid

Share² lah yerr..