Resepi Kek Marble Sukatan Cawan Bakar Gebu

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat kek marble bakar dan pastinya gebu, jom cuba dengan ikuti step dibawah

Cara Buat Kek Marble

Cara Buat Kek Marble

Kek marble ini memerlukan beberapa benda. Untuk membuat adunan anda boleh menggunakan mixer untuk mencampurkan bahan-bahan. Jika tidak ada mixer, anda boleh gaulkan dengan menggunakan whisk. Seterusnya anda hanya perlu mengikut arahan di bawah untuk memasak kek ini.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti untuk membuat Kek Marble.

Bahan-Bahan:

• Buttercup

• 6 telur gred b

• Gula perang

• Tepung Gandum

• Baking Powder

• Ovalette

• Esen Vanilla

• Tepung Susu

Cara-Caranya:

• Cairkan buttercup sebuku. Lepastu letak dalam bekas

• Gunakan bekas baru untuk adunkan bahan-bahan berikut: 
– Pecahkan telur gred b 6 bii
– Gula perang 1 +3/4 cawan gula perang.
– Tepong gandum 2 cawan + 1/2 cawan 
– Baking powder 2 sudu teh
– Ovalette 2 sudu makan
– Esen Vanilla
– Tepung Susu 10 sudu makan

Campurkan semua bahan sehingga kental dengan menggunakan mixer selama 7 minit. Gaulkan sehingga adunan nampak kental.

• Masukkan butter, kaup balikkan adunan dengan butter yang dicairkan tadi. Kemudian campakla apa nak campak ateh kek nak kosong pun blh. Resepi marble, separuh adunan campur dengan serbuk coklat.

• Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama sejam atau sehingga kek masak. 

• SIAP

Selamat mencuba!

Rujukan Resipi :

– Fa Phong

Share² lah yerr..