Resepi Kek Lapis Frozen Bakar Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat kek lapis ala-ala frozen, jom try cuba buat sendiri dengan mengkuti langkah ditunjukkan dibawah

Cara Buat Kek Frozen

Cara Buat Kek Frozen

Kek lapis frozen, warna yang dikenakan iaitu putih serta filling blueberry pada kek ini menjadikan namanya seperti cerita frozen. Nice look memang akan menjadi fevret terutamanya kanak-kanak.

Mari lihat bahan dan cara yang perlu diikuti untuk membuat kek ini.

Bahan-Bahan:
– 500gm butter
– 10 biji telur gred A
– 400gm tepung hong kong@tepung pau@tepung superfine
– 180gm gula halus
– 250gm cream cheese
– 1/2 tin susu pekat
– 1 paket serbuk santan(tak letak pun takpe)
– 100gm horlick
– 20gm susu tepung
– 20gm serbuk aiskrim vanilla
– 3 sb filling blueberry
– 1 sb ovallate
– 1 sk esen vanilla
– Pewarna putih 
– Pewarna biru
– Perisa cheese

Cara-Cara:

– Pukul butter, gula dan ovallate sampai putih. Masukkan telur satu persatu sampai kembang. Kemudian masukkan esen vanilla. 

– Masukkan susu pekat, serbuk santan, susu tepung, horlick dan kacau rata. Masukkan tepung dan mix sekejap.

– Bahagikan 3 adunan
1. Pewarna biru pekat dan filling blueberry
2. Pewarna biru muda dan serbuk aiskrim vanila
3. Cheese, perisa cheese dan pewarna putih

– Bakar adunan cheese dahulu selapis demi selapis sampai habis. 

– Kemudian bakar pula adunan warna biru muda. 

– Dan last sekali adunan warna biru pekat. 
*saya guna loyang 8x8x3. 

Rujukan Resipi : 

– Roskaryati Abu Bakar

Share² lah yerr..