Resepi Kek Kurma Kukus Mudah & Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat kek kurma kukus yang juga sesuai dimakan di bulan ramadhan sebagai hidangan waktu sahur anda

Cara Buat Kek Kurma

Cara Buat Kek Kurma

Kek kurma ini adalah olahan dari kek prune kukus. Ia juga boleh ditukar-tukar sekali jika anda mahu membuat sama ada kek kurma ataupun kek prune. Hanya perlu tukarkan sedikit barang. 

Mari lihat resepi yang dikongsi ini di bawah.

Bahan-Bahan:

– 250 g mentega

– 360 g tepung gndum

– 3 biji telur gred A

– 170 g gula caster

– 1 biji buah pala (Tak perlu bubuh kalau tiada)

– 250 g kurma.. buang bji potong kecik-kecik dan timbang. 

– 120 g gula kasar (Ini untuk gula hangus)

– 1 sudu besar jus sunquick.

– 1/2 sudu Soda bicop

– 1/2 sudu Cream tartar

– Acuan guna loyang 8 inci

CARA-CARANYA:

– Tepung gandum, soda bicop dan cream tartar. Diayak dahulu.

– Campur buah kurma dan gaul rata dalam bekas tepung tadi. Ketepikan.

– Dalam bekas lain kacau mentega, gula hingga gebu dan disebatikan dengan mixer. Gunakan kelajuan tinggi. 

– Masukan telur satu-satu dan mix lagi. Kali ni rendahkan sedikit kelajuan. Mix hgga berkrim.

– Masukan tepung tadi. Kaup dan balikan sahaja guna senduk atau spatula. Ketepikan sebentar.

– Dalam bekas lain masak guls kasar untuk jadi gula hangus. Kacau guna api perlahan hingga cair. Tutup api dan campur 1 sudu besar air panas dan kacau biar rata.

– Tuang larutan panas gula hangus dlm adunan tepung n kacau cepat2!.. gaul hgga rata. 

– Masukkan dalam bekas/loyang. 

– Kukus dengan api perlahan selama 3 jam. 

## Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dulu hingga air mendidih. Bila mula mengukus kita slow kan api. 

Rujukan Resipi : 

– Makteh Nourain

Share² lah yerr..