Resepi Kek Holiday Inn Paling Sedap Untuk Dimakan

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat kek lapis holiday inn tanpa sukatan cawan, jom try buat sendiri

Cara Buat Kek Holiday Inn

Cara Buat Kek Holiday Inn

Kek holiday inn ini dimasak menggunakan kaedah kukusan. Ia berupa berlapisan hampir iras-iras kek lapis Sarawak. Jika anda berminat untuk memasak kek ini, bolehlah anda cuba memasak dengan merujuk kepada resepi di bawah.

Bahan-Bahannya

– 16 oz mentega

– 1 setengah gelas gula halus

– 10 biji telur (gred A)

– 1 tin kecil susu pekat manis (cap junjung)

– 2 gelas tepung biskut marie ( original,tumbuk & blender hancur)

– 200 gm milo

– 200 gm horlick

– Perwarna hijau

– Setengah sudu teh baking powder

– Kertas timah secukupnya

– Sediakan acuan saiz 9×9 3 inchi..panaskan kukusan hingga mendidih…

Cara-Cara:

– Pukul mentega & gula hingga kembang & putih..

– Selepas tu masukkn telur satu persatu pukul lagi hingga sebati..

– Kemudian masukkan susu pekat manis , tepung roti marie & baking powder.pukul mesra

– Akhir sekali masukkan bahagikan 2 adunan 

a. Satu adunan masukkan milo

b. Satu lagi masukkan horlick dan titikkan sedikit perwarna hijau

– Gaulkan kedua-dua adunan, siap dan kukuslah berlapis-lapis hingga habis 

– Lapisan akhir sekali kukus lagi selama 1 jam.

Rujukan Resipi :

– Nana hj nawi

Share² lah yerr..

1 thought on “Resepi Kek Holiday Inn Paling Sedap Untuk Dimakan”

Comments are closed.