Resepi Kek Durian Sukatan Cawan Paling Sedap

Peminat durian boleh cuba buat kek durian gebu gebas ini, nak tambah cheese pon boleh, jom tengok cara dan resepi dibawah

Cara Buat Kek Durian

Cara Buat Kek Durian

Kini anda boleh cuba buat kek durian. Hanya dengan secawan isi durian anda boleh masakkan kek durian yang manis sedap ini. Pastikan anda mengajak orang yang sukakan durian sahaja, bukan semua orang sukakan durian.

Mari cuba belajar resepi ini.

Bahan-Bahan:
– 5 biji telur
– 250g tepung naik sendiri(tpung kek) 
– 180g gula halus
– 1 Sudu besar overlet
– 1 Sudu kecik baking powder
– 1 Sudu kecik asen vanila
– 1 Cawan isi durian
– 50ml susu cair
– 2 Sudu besar susu A
– 7 Sudu besar minyak masak
– Isi durian untuk hiasan di atas
– Loyang 8 inci
– Kertas minyak

Cara-Cara:
– Pukul telur sampai kembang kemudian masukan gula, overlet, susu pekat pukul smpai sebati. 

– Masukan tepung dengan baking powder pukul sebati.

– Masukkan minyak, pukul dengan senduk kayu

– Kaup balik dan bakar pada suhu 150C selama 1 jam.

Rujukan Resipi : 

– Siti Aishah

Share² lah yerr..