Resepi Kek Coklat Cheese Kukus Berhantu

Ini adalah cara serta resepi untuk membuat kek coklat cheese kukus, agak berhantu katanya, jom cuba buat dengan step ditunjukkan

Cara Buat Kek Coklat Cheese

Cara Buat Kek Coklat Cheese

Mari kita belajar masak kek coklat cheese pula kali ini. Kek ini diletakkan lapisan cheese di tengah-tengah kek coklat. Anda boleh pilih samada untuk mengukus atau membakar kek ini. 

Marilah memasak kek coklat ini 

Kek Coklat

• 4 biji telur

• 3/4 cawan gula halus

• 1 cawan susu pekat

• 1 cawan susu cair

• 1 cawan mnyak masak/jagung

• 3/4 cawan serbuk koko

• 1 1/2 cawan tpg gandum

• 1 sudu kecil soda bikarbonat

• 1 sudu kecil baking powder 

• 1 sudu kecil esen vanila

Adunan Cheese 
• 250g cheese tantura

• 1/2 cawan gula halus

• 1 sdb tpg gndum

• 1 biji telur

• 2 sudu besar air masak

• Esen vanil

• Bahan-bahan di atas campurkan mix sampai sebati.

Cara-Cara:
• Mix telur dan gula sampai naik gebu.

• Masukkan susu pekat mix sampai sebati.

• Masukkan susu cair dan minyak mix sampai sebati.

• Ayakkan tepung, soda, baking powder, serbuk koko dan masukkan ke dalam adunan tadi.

• Adunkan sampai sebati.

• Setelah sebati masukkan ke dalam acuan separuh dan kukuskan dalam 15-20 minit.

• Masukkan adunan cheese ke atas lapisan coklat tadi. 

• Kukus selamat 20 minit.

• Akhir sekali masukkan lebihan adunan cooklat dan kukuskan sampai masak.

• Selamat Mencuba

Rujukan Resipi :

– Dhia Azlinda

Share² lah yerr..