Resepi Kek Butter Sukatan Cawan Mudah

Ini adalah cara serta resepi kek butter sukatan cawan mudah dibuat, stepnya boleh ikuti dibawah

Cara Buat Kek Butter Badam

Cara Buat Kek Butter Badam

Anda cubalah baut kek butter mudah ini untuk minum petang. Anda boleh buat untuk hidangkan kepada tetamu ataupun untuk diri sendiri anda. Ubah suailah seberapa banyak bahan mengikut keperluan nanti. 

Mari cuba belajar bahan dan cara yang perlu diikuti untuk memasak kek butter ini.

Bahan-Bahan:

• 1 buku butter 250g

• 5 bji telur gred A

• 1 1/2cwn gula castor 

• 3 cawan tepung gandum(rata) +1 sudu makan baking powder (ayak) 

• 1 sudu esen vanilla 

• Badam/coklat cips boleh ditambah jika mahu

• 1 Cawan kosong 

Rujukan Sukatan Cawan Yang Boleh Anda Ikuti

Rujukan Sukatan Cawan Yang Boleh Anda Ikuti

Cara-Cara:

• Putar gula dan butter sampai putih gebu, masuk telur satu demi satu, masukkan esen vanilla dan akhir sekali tepung.

• Kalau suka masukkan coklat cips. Masuk loyang saiz 9, alas baking paper

• Bakar pada suhu 160c selama 1 jam api atas bawah.

• Klu nk tbur bdam ats kek tu xperlu sngai @bkar bdamnya

Rujukan Resipi :

– Maria Khalisya Khalis

Share² lah yerr..