Resepi Kek Buah Kukus Gebu Gebas Sedap

Mari kita belajar cara memasak kek buah, hanya menggunakan bahan a b dan c sudah dapat buat resepi mudah ini

Cara Buat Kek Buah Kukus

Cara Buat Kek Buah Kukus

Kek buah ini diperbuat dengan mencampuri bahan adunan dengan buah-buah kering campuran. Ini memberikan ia rupa bertompok. Untuk membuat kek ini, anda perlu menyediakan bahan untuk 3 perkara. Iaitu bahan kek, dan bahan buah-buahan.

Ini adalah versi kukus kalau nak buat jenis bakat tengok Resepi Kek Buah Bakarini.

Mari lihat dengan teliti. 

Bahan A

– 320 gm gula halus

– 250 gm mentega

– 500 gm buah-buah kering campuran mixt fruit

– 50 ml air panas

Bahan B

– 350 gm tepung gandum

– 1 sudu kecil soda bikarbonat 

– 1 sudu kecil baking powder

– 1 sudu kecil garam

– 1/2 sudu kecil cream of tartar

– 1 sudu kecil serbuk kayu manis

Bahan C

– 1 sudu teh esen vanilla

– 3 biji telur gred A

Cara-Cara:

– Cairkan gula hingga perang.

– Bila gula dah cair dan berwarna perang. Masukkan 50ml air panas.

– Kemudian masukkan butter. masak hingga butter cair dan gula betul2 cair dan tidak berketul.

– Karamel – adunan gula dan butter.

– Kemudian masukkan buah-buah campuran.

– Kacau sehingga sebati.

– Satukan kesemua bahan kering.

– Masukkan tepung kedalam adunan karamel tadi. gaul rata.

– Gaul adunan sehingga sebati.

– Adunan tepung dan karamel yang telah sebati.

– Putar telur sehingga berbuih. boleh menggunakan blender sahaja.

– Kemudian tuang ke dalam adunan tepung tadi. masukkan esen vanila.

– Kaup balik sehingga adunan sebati.

– Masukkan dalam bekas dan kukus selama 2 jam atau lebih.

– SIAP!

Rujukan Resipi : 

– Nina Mahdar

Share² lah yerr..