Resepi Kek Belacan Sarawak Kukus

Antara kek tradisi adalah kek belacan sarawak, nice look dan sedap boleh cuba buat dengan cara dan resepi ini

Cara Buat Kek Belacan Sarawak

Cara Buat Kek Belacan Sarawak

Kek belacan yang paling terkenal di Sarawak. Menjadi kek yang wajib ada ketika perayaan. Rasanya amat mantap sekali. Rupa seakan kek coklat biasa, tapi ada bahan-bahannya yag tiada pada kek biasa yang menjadikan kek belacan ini unik.

Mari cuba memasak kek ini. 

Bahan-bahannya :

– 10 biji telur

– 1 buku buttercup

– 1 gelas gula

– 1 tin kecil susu manis

– 1 tin kecil kaya

– 100gm serbuk koko

– 1 paket kecil horlick

– 1 paket kecil milo

– 2 gelas tepung gandum

– 1 botol kecil browning sugar

– 1 papan coklat masakan (dicairkan)

Cara-caranya :

– Sediakan pengukus dan dipanaskan terlebih dahulu. Sediakan loyang 9′ x 9′ yang telah

–  Dilapik dengan kertas minyak.

– Pukul gula dan mentega sehingga putih. Kemudian masukkan telur satu persatu.

– Pukul sehingga kembang.

– Perlahankan speed mixer, masukkan susu manis dan kaya. Pukul sehingga sebati.

– Apabila adunan sebati, kemudian masukkan horlick, serbuk koko, milo dan tepung gandum. 

– Pukul lagi sehingga sebati.

– Setelah itu, masukkan coklat masakan yang telah dicairkan dan akhir sekali masukkan

– Browning sugar. Gaul sehingga rata dan sebati. ( saya guna mixer saja sebab senang )

– Setelah adunan sebati, masukkan adunan tersebut ke dalam loyang dan kukus selama

– 8 jam atau sehingga masak.

Rujukan Resipi : 

– Resepi Kek Lapis Sarawak