Resepi Kek Alunan Kasih Kukus Gebu & Sedap

Wah cantik meriah dan berwarna-warni kek ini. Nama kek ini adalah kek alunan kasih, nak cuba buat sendiri boleh tengok cara dan resepi ini

Cara Buat Kek Alunan Kasih

Cara Buat Kek Alunan Kasih

Kek alunan kasih ini dahulu merupakan kek yang sangat popular. Ini kerana, kek ini amat lembut, berwarna-warni dan sedap.  Anda memerlukan banyak bahan tapi dengan kesabaran sudah tentu anda dapat membuatnya dengan baik

Bahan-Bahan:
– 5 biji telur(sy guna gred B)
– 250 gram Buttercup
– 160 gram gula pasir dikisar kering ( lebih kurang 1 cawan)
– 250g tepung gandum(ayak) ( lebih kurang 2cawan)
– 2 sdt baking powder(ayak)
– 100ml susu cair
– 1 sdt esen vanilla
– Serbuk koko ( secukupnya)
– Pewarna kesukaan

Cara-Cara:
– Pukul butter dan gula selama 10 mnt. Masukkan telur satu per satu sambil pukul perlahan.

– Masukkan tepung dan baking powder sedikit-sedikit. 

– Masukkan esen dan susu cair, kacau hingga sebati. 

– Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Letak warna yang berbeza.

– Sapu marjerin pada loyang dan lapik dengan kertas minyak. Kalau tiada, sapu marjerin dan tabur sedikit tepung gandum pada loyang.

– Masukkan adunan pertama ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian taburkan serbuk koko guna penapis nipis-nipis hingga menutupi permukaan. 

– Masukkan adunan yang kedua (warna berbeza). Ratakan perlahan-lahan guna sudu sebab adunan mudah terangkat kerana ada serbuk koko. 

– Taburkan juga serbuk koko guna penapis.

– Akhir sekali masukkan adunan yang terakhir. Jangan letak serbuk koko adunan yg terakhir ini.

– Bakar suhu 160′ ( ikut suhu oven masing2) selama 45minit.

– Jika nak kukus, kukus selama 1 jam.

Rujukan Resipi : 

– Mariana Zainal

Share² lah yerr..