Resepi Kari Daging Ala India Sedap

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat kari daging sedap macam mamak, nak cuba boleh ikuti langkah ditunjukkan dibawah

Cara Buat Kari Daging Tak Pekat Sangat

Cara Buat Kari Daging Tak Pekat Sangat

Kari daging merupakan masakan yang berasaskan kari, selalunya kalau sebut pasalnya pasti ianya berasal dari India, sebab rempah ratusnya banyak terdapat di sana. Sesuai dimakan bersama roti jala atau nasi.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat kari daging.

BAHAN-BAHAN
– 1 Kilo Daging
– 2 peket Rempah Kari Daging Babas
– Santan RM4.00
– 3 sudu Kerisik.
– 2 Tangkai Daun Kari.
– Bawang Putih, Bawang Merah, sedikit Halia dimayang.
– Sedikit Bunga lawang dn Kulit Kayu Manis
– Kentang dn Karet jika suka.

CARA-CARA
– Daging dibasuh bersih dan digaul dgn rempah kari daging dn kerisik.
– Tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.
– Apabila kekuningan masukkan daging yg digaul dgn rempah kari dn kerisik tadi.
– Tambah 2 cawan air.
– Masak daging tu sehingga kering dan pecah minyk. 
– Apabila dah pecah minyak masukkan santan.
– Kalau suka pekat tambah sedikit air je udah dlm santan. 
– Dah mendidih masukkan kentang.
– Kentang dah empuk masukkn cili hijau/cili merah.
– Ok, dah boleh tutup api.

Rujukan Resipi :

– Roskaryati Abu Bakar

Share² lah yerr..

Leave a Comment