Resepi Kari Ayam Sedap & Mudah Dihidangkan

Ini adalah cara dan resepi kari ayam yang simple dan sedap untuk anda buat, boleh dimakan bersama roti jalan mahupun nasi.

Resipi Kari Ayam

Resipi Kari Ayam

Jom cuba buat kari ayam ini, boleh dihidangkan bersama nasi mahupun sebagai pencicah bersama roti jala.  Resepi serta cara penyediaanya telah dikongsi oleh Cik Lina Bakri di laman facebooknya.

Teringin nak makan, jom cuba, dibawah merupakan bahan serta cara yang anda perlukan untuk membuatnya.

Bahan-Bahan:

– 1 biji bawang besar*
– 2 ulang bwg putih*
– Halia sedikit*
(Bahan-bahan ini di tumbuk manja.)

– Cili yang telah dikisar 2 atau 3 sudu
– Kentang
– Daun kari
– 1 batang daun ketumbar
– 1 sk kunyit serbuk
– 5 atau 6 sb serbuk kari daging babas
– 1 sb serbuk bukhari faiza
– Sedikit gula merah@gula melaka
– Asam keping
– Sedikit santan
– Perasa garam dan gula.

*sb = sudu besar

Cara-Cara Memasak :
– Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang ditumbuk
– Masukkan daun kari bersama daun ketumbar, kacau sehingga garing
– Masukkan cili yang dikisar dan masukkan rempah kari daging babas, rempah bukhari, kunyit serbuk dan gula merah.
– Masukkan air, tumis semua rempah sehingga masak dan pecah minyak. 
– Masukkan ayam, kentang, tunggu kering sebab masa ini ayam akan keluarkan air dan bila dah agak kering, masukkan air semula
– Masukkan asam keping, santan dan tunggu sehingga kari menggelegak serta kentang sudah lembut. 
– Kalau anda mahukan kari wangi boleh juga masukkan potongan capsicum
– Perasakan dengan garam.

Rujukan :

– Lina Bakri