Resepi Jus Mangga Paling Sedap Dan Mudah Dibuat

Hilangkan kehausan tekak anda dengan membuat jus mangga (mempelam), nak cuba buat sendiri boleh tengok cara dan resepi ini

Cara Buat Jus Mangga Padu Beb!

Cara Buat Jus Mangga Padu Beb!

Pada hari-hari yang panas terik, eloklah anda basahkan tekak anda dengan minum air yang sejuk. Anda boleh cuba minum jus mangga buah yang sejuk untuk hilangkan dahaga di panas hari. Ia bukan sahaja membasahi tekak anda malah ia memberikan anda vitamin C yang baik untuk badan.

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Jus Mangga.

Anggaran 10 liter

Bahan-Bahan:

– 20 biji mangga dikupas kulit dan dibuang bijinya

– Ais secukupnya

– Sekilo gula yang sudah dimasak dengan nisbah 1kg gula 1liter air

Cara-Caranya:

– Isikan isi mangga sehingga 3/4 blender serta ais dan air separuh blender.

– Blend sehingga sebati.

– Apabila siap, ulang sehingga isi mangga habis.

Rujukan Resipi :

– Abu Faris Zaidi Hashim

Share² lah yerr..

Leave a Reply

  Subscribe  
Notify of