Resepi Jejari Oat Sukatan Cawan Gebu & Rangup

Ini adalah cara dan resepi untuk membuat biskut jejari oat sukatan cawan rangup dan pasti sedap, jom cuba buat sendiri.

Cara Buat Jejari Oat Sedap

Cara Buat Jejari Oat Sedap

Jejari Oats ini adalah kuih tradisional yang berbentuk jejari pendek dan ditaburi susu tepung. Anda bolehlah cuba membuat kuih ini bila tibanya musim raya. Tambahkan lagi pilihan kuih raya yang anda boleh hidangkan kepada tetamu rumah. 

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang boleh diikuti untuk membuat Jejari Oat.

Bahan A
– 1 cawan butter/majerin
– 2+1/2 cawan tepung gandum
– 2 cawan oat yg dikisar halus
– 3/4 cawan gula halus
– 3 sudu makan serbuk koko

Bahan B
– susu tepung secukupnya

Cara-Cara:
– Pukul butter/majerin dan gula sampai kembang, masukkan semua bahan A sedikit demi sedikit sambil pukul.

– Berhenti apabial ia menjadi doh stop. (Adunan memang lembut) 

– Boleh dibentukkan sesuka hati ya dan bakar selama 10-15 minit dng api 160-170(mengikut oven masing2)

– Biskut yang baru masak lembut sedikit waktu panas. 

– Sejukkan sekejap dalam 5 minit dah boleh gaul dengan susu tepung.

– Sejukkan sepenuhnya dan simpan dlm bekas kedap udara. 

– Siap! untuk dimakan

Rujukan Resipi :

– Zura Nafis

Share² lah yerr..

Leave a Comment