Resepi Ikan Siakap Stim Limau Mudah Dan Padu Rasanya

Ini adalah cara dan resepi ikan siakap stim limau serta halia dan pelbagai ramuan, nak cuba boleh ikuti langkah dibawah

Cara Buat Ikan Siakap Stim Limau

Cara Buat Ikan Siakap Stim Limau

Bahan asas untuk ikan siakap masak stim ni mudah je, anda hanya perlukan bawang putih, asam limau dan halia. 3 benda ni ramuan utama siakap stim.  Jom kita tengok satu lagi resepi campak campak jadi…hehehe ????

Mari lihat bahan-bahan dan cara-cara yang perlu diikuti untuk membuatnya.

Bahan-Bahan:

Bahan-Bahan:

– 5 ulas bawang putih
– Stok ayam ( kalau takde guna 1 kiub pati ayam kacau dgn 1/2 cawan air panas)
– Cili api merah
– Daun limau (kak M lupa nak beli)
– Serai
– Halia
– Daun ketumbar
– Limau nipis
– Sos ikan ( 5 sudu besar)
– Garam (tak nak letak pun takpe)
– Gula secukup rasa

Cara-caranya:

Cara-caranya:

1. Seekor ikan siakap cuci bersih dan kelarkan.

2. Sediakan bekas yg sesuai mengikut size ikan dan letak dalam pengukus. (Magic Pan pun boleh kalau nak cepat)

3. Serai dikerat serong kasar, daun limau koyak-koyakan. sis tak letak daun limau. Pastu sumbat semua serai, daun limau dan halia dalam perut ikan.

4. Kiub ayam tadi larutkan dengan air panas, curahkan atas ikan dan biarkan masak dalam magic pan dalam 20 – 25 minit, check hingga ikan betul-betul masak.

5. Masukkan bawang putih yang dah dicincang, cili api merah, perahan limau nipis, sos ikan, garam dan gula dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati. Please rasa dulu ye. Adjust sampai puas hati. Ketepikan.

6. Ok, bila ikan dah masak boleh keluarkan dan letak dalam pinggan besar.

7. Last sekali, curahkan dengan bahan-bahan (No.5) yang dah dicampurkan dengan daun ketumbar tadi. Dah siap!!
.
Jom try! Mudah, sedap dan cepat

Rujukan :

– Marina Ismail

Share² lah yerr..

Leave a Comment